Posts

Showing posts from May, 2025

Pengorbanan Seorang Ibu

Image
Pengorbanan seorang ibu memang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata kerana banyak sangat pengorbanan seorang ibu buat anak-anak terutama semasa melahirkan kita di dunia ini. Seorang ibu sanggup berkorban menahan alahan semasa mengandungkan anaknya seperti mual, rasa nak muntah, perut berangin, sakit-sakit belakang ketika membawa anaknya selama 9 bulan sebelum si anaknya keluar dari rahim ke dunia yang penuh pancaroba ini. Walaupun begitu si ibu tidak pernah merungut dengan semua yang dia telah perjuangkan demi melahirkan seorang insan yang digelar anak samada anak lelaki mahupun perempuan. Setelah melahirkan, si ibu membesarkan dan mendidik si anak sehingga menjadi insan berguna dan berjaya.  Sangatlah banyak pengorbanan seorang ibu sehingga seorang anak tak dapat membalas jasa ibunya dengan wang ringgit dan harta benda sekalipun. Besar ganjaran seorang ibu dalam membesarkan anak-anaknya. Di sini Tiqah nak kongsikan dengan korang antara pengorbanan seorang ibu yang tak dapat lu...