Pengorbanan Seorang Ibu
Pengorbanan seorang ibu memang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata kerana banyak sangat pengorbanan seorang ibu buat anak-anak terutama semasa melahirkan kita di dunia ini. Seorang ibu sanggup berkorban menahan alahan semasa mengandungkan anaknya seperti mual, rasa nak muntah, perut berangin, sakit-sakit belakang ketika membawa anaknya selama 9 bulan sebelum si anaknya keluar dari rahim ke dunia yang penuh pancaroba ini.
Walaupun begitu si ibu tidak pernah merungut dengan semua yang dia telah perjuangkan demi melahirkan seorang insan yang digelar anak samada anak lelaki mahupun perempuan. Setelah melahirkan, si ibu membesarkan dan mendidik si anak sehingga menjadi insan berguna dan berjaya.
Sangatlah banyak pengorbanan seorang ibu sehingga seorang anak tak dapat membalas jasa ibunya dengan wang ringgit dan harta benda sekalipun. Besar ganjaran seorang ibu dalam membesarkan anak-anaknya.
Di sini Tiqah nak kongsikan dengan korang antara pengorbanan seorang ibu yang tak dapat lupakan:
1. Sakit Ketika Melahirkan Anaknya
Seorang anak tidak akan tahu jerih perih seorang ibu dalam membawa 1 nyawa selama 9 bulan ke dunia ini. Saya sendiri yang sudah bergelar ibu kepada dua orang anak ini sudah merasakan sangatlah berat tanggungjawab seorang ibu dalam melahirkan seorang anak soleh dan solehah di dunia ini.
Sakit melahirkan anak itu tidak terungkap dengan kata-kata. Sesungguhnya seorang ibu mengharapkan dosa-dosa kecilnya diampunkan dengan kesakitan yang dirasainya semasa melahirkan.
2. Selalu Mendorong Anaknya untuk Melakukan Perkara Yang Baik
Setiap ibu akan memberi sokongan yang terbaik buat anaknya sekiranya perkara yang diminati / disukai oleh anaknya itu baik. Walaupun kadang-kala si ibu merasakan perkara itu tak boleh dilakukan oleh anaknya, si ibu tidak pernah berhenti memberi nasihat dan semangat yang kuat buat anaknya untuk melakukan yang terbaik demi beroleh sebuah kejayaan yang diimpikan oleh aak-anknya.
3. Penat Menguruskan Hal Rumah
Walaupun si ibu sudah penat bekerja di pejabat di pejabat, si ibu tidak akan lupa tanggungjawabnya sebagai seorang ibu buat anak-anaknya. Si ibu akan menyediakan makanan, pakaian dan sebagainya demi memastikan makan minum dan pakaian anak terurus dengan baik.
Pendek kata ibu kata ini ibarat "superwoman" di mata dan hati kita. TERIM KASIH IBU!
4. Tolong cari Barang Yang Tidak Dijumpai di Rumah.
Selalukan kalau si anak mencari sesuatu barang yang tidak dijumpai, pasti dia akan bertanyakan kepada ibunya di mana barang tesebut. Hebat ya seorang ibu, kita sebagai anak kadang puas mencari sesuatu barang sampai putus asa dah nak mencari. Tapi apabila si anak meminta si ibu untuk mencari barang, dalam beberapa minit saja. Terima kasih ibu!
5. Selalu Bertoleransi Dengan Anak
Hati ibu mana yang tak sayang anak walaupun anak sering kali buat perangai / tantrum. Dalam sesebuah institusi kekeluargaan kebanyakkan si ibu lah yang banyak mengalah dengan si anak. Bukan mengalah kerana hendak mengikut apa yang anak mahukan tapi hendak mendidik anak-anak cara menguruskan emosi dengan baik. Tipulah kalau seorang ibu tak penat dan kadang hatinya terluka akibat kerenah anak-anak. Tapi si ibu dengan penuh sabar dalam melayani anak-anak mereka dengan baik sekali.
6. Sentiasa Berusaha Untuk Sentiasa Bersama Anak
Setiap ibu mempunyai keinginan untuk sentiasa bersama anak-anak mereka terutama bagi ibu-ibu yang bekerja. Namun, dengan 'living cost' yang tinggi, ibu-ibu tetap kena bekerja untuk menampung keperluan keluarga di samping membantu si suami. Walaupun sibuk bekerja si ibu sungguh mengharapkan mereka selalu bersama dengan anak-anak, berkongsi cerita dengan anak-anak dari mereka kecil lagi.
7. Terpaksa Ambik Cuti Ketika Anak Sakit
Selalunya antara si ayah dan ibu, si ibu yang selalu mengorbankan cuti tahunan nya sekiranya anak-anak sakit atau pon sekiranya terdapat sesuatu program di sekolah anak. Hati seorang ibu tidak senang apabila mendapati anak kesayangannya sakit. Jadi si ibu rela meminta cuti dengan majikannya untuk membawa anaknya ke klinik untuk mendapatkan rawatan.
8. Memaafkan Anaknya Walaupun Lupa Tarikh Lahirnya
Si ibu sangat mengharapkan ucapan hari kelahirannya diucapkan oleh seorang anak yang dia lahir dan besarkan selama ini. Hati si ibu mungkin terguris sekiranya anaknya terlupa mengucapkan ucapan hari lahir. Namun, si ibu sudi memafkan anaknya kerana mungkin anaknya terlalu sibuk sehingga terlupa hari yang bermakna buat si ibu.
9. Menghantar Anak Ke Sekolah Setiap Hari
Si ibu sangat mahu menghantar anaknya ke sekolah sendiri berbanding membiarkan si anak menaiki kenderaan awam seperti van sekolah mahupun bas sekolah. Hal ini kerana dia hendak memastikan anaknya selamat sampai ke sekolah.
Beruntung kalian sebagai anak kerana tidak perlu bersusah payah menunggu bas/van sekolah untuk mengambil anak balik dari sekolah. Jadi jangalah lupa untuk mengucapka rasa terima kasih anda kepada ibu anda.
10. Kesabaran Ibu Sangat Tinggi
Tahap kesabaran ibu sangat lah tinggi dalam mendidik anak mereka. Dengan kesabaran ibu yang tinggi, anak-anak sangat lah menyayangi ibu mereka. Apa-apapon semua nak cari ibu mereka walaupun melibatkan perkara yang remeh. Namun si ibu sangat sabar dalam melayani kerenah anak mereka.
Terlalu banyak pengorbanan seorang ibu yang tak terungkap dengan kata-kata. Kepada yang masih ada ibu, sayangilah dan jagalah mereka seperti mana mereka menyayangi dan mengasihani kita sejak kecil.
Sesungguhnya IBU KITA ada IBU YANG HEBAT!!!
SELAMAT HARI IBU!! BUAT SEMUA YANG BERGELAR IBU.
Assalamualaikum :)
Terima kasih sudi baca entry Tiqah pada kali ini.
Atiqah
Your Shaklee Agent
No Ahli: 1357327
Comments
Post a Comment