Minuman Sihat Semasa Berbuka

Hai Korang !! Assalamualaikum, sihat ke tu?? Macam mana hari dah hari ke-12 kita berpuasa. Korang ok tak sepanjang berpuasa seharian. Ada rasa dahaga sangat-sangat tak?

Korang kongsikan lah korang minum apa semasa berbuka?? Air manis atau air kosong ??

Setelah seharian menahan dahaga, korang mesti nak topup semula air dalam badan anda supaya badan anda kekal hidrasi semasa berbuka. Tapi Tiqah nak tanya korang air apa yang korang minum tu?? Sihat tak???

Jom teruskan baca entry Tiqah pada kali ini iaitu Tiqah nak kongsikan minuman sihat yang korang harus ambil semasa berbuka.


1. AIR PUTIH /AIR KOSONG


Dalam Islam sendiri, kita disunatkan untuk berbuka puasa dengan kurma dan air kosong, kan?? Perkara sunat mestilah semua orang pakat nak kejar di bulan Ramadhan yang mulia nie kan? Tapi kan tak semua yang boleh terima hakikat ini, betul tak? 

Tekak tengah dahaga, memang sangat-sangat mengharapkan air sejuk yang menyamankan tekak yang sedang haus, tapi Tiqah nasihatkan korang untuk minum air masak semasa berbuka. Kurangka atau elakkan air manis yang mempunyai kandungan gula yang tinggi. Kesian pada tubuh badan kita setelah seharian berpuasa untuk 'restore' balik apa yang kita lakukan semasa kita berpuasa.

MINUMLAH AIR PUTIH UNTUK MEMBANTU PROSES METABOLISMA TUBUH BADAN KITA


Selain itu, air putih atau air kosong ini jugak dapat memberi beberapa manfaat lain seperti:

#Mencegah dehidrasi

          #Meningkatkan kesihatan ginjal

          #Memelihara kesihatan kulit

#Mengatasi sembelit

          #Memelihara kesihatan kulit


2. AIR KELAPA 

Air kelapa sangat digalakkan untuk diambil semasa berbuka puasa kerana ia mamapu menghidrasi tubuh sekaligus mengisi kembali (refill back) elektrolit tubuh yang hilang selama berpuasa. Di dalam 100 ml air kelapa, terdapat 105 mg natrium, 250 mg kalium, 25 mg magnesium, 24 mg kalsium, dan 20 mg fosforus. 


3. JUS BUAH / SMOOTHIE

Jus buah kaya dengan kandungan nutrisi penting seperti serat, vitamin dan mineral yang baik untuk tubuh badan kita. Korang boleh pilih jus buah atau smoothies yang korang rasa nak berbuka nanti seperti oren, tembikai, magga dan buah-buah yang lain.

Seperti yang korang sedia tahu, jus buah mempunyai kandungan air yang tinggi yang mampu menghidrasi tubuh badan anda supaya kekal hidrat.

Namun begitu, janganlah ditambah gula mahupun susu pekat manis kerana ia akan menjadi minuman tidak sihat kerana terdapat pemanis tambahan yang tidak baik untuk kesihatan.

Jadi, minumlah jus buah asli untuk mengatasi masalah hidrasi korang.



4. INFUSED WATER

Infused water merupakan minuman yang dibuat daripada campuran air putih dengan buah-buahan atau rempah-rempah seperti lemon, limau nipis, strawberi, daun pudina dan kulit kayu manis. Air ini sangatlah senang untuk disediakan hanya dengan menyediakan bahan-bahan iaitu buah-buah yang korang nak minum pada hari itu. 

Contoh paling mudah saya pernah buat adalah kurma direndam dalam air putih semalaman untuk diminum pada keesokan harinya. Air ini sangat lah sihat kerana ia mempunyai pemanis semulajadi dari buah kurma itu sendiri.

Namun, seperti yang saya cakap di awal tadi, janganlah ditambah pemanis tambahan seperti gula untuk membuatkan ia menjadi minuman tidak sihat. Cuba korang pelbagai resipi seperti gambar-gambar saya kongsikan di bawah ini:


Contoh 'Infused Water' dari pandangan depan



Contoh Resipi 'Infused Water' dari Pandangan Atas



Antara buah-buahan yang korang boleh gabungkan untuk rasa yang lebih segar dan sedap


5. SUSU


Segelas susu juga merupakan pilihan minuman yang baik untuk diminum semasa berbuka puasa. Hal ini kerana, kandungan protein dalam susu sangat bermanfaat untuk membuat perut terasa kenyang. Dengan begitu, korang dapat mengurangkan selera atau nafsu makan anda daripada membuak-buak semasa anda berpuasa di siang hari tadi.

Secara tidak langsung, korang dapat mengurangkan risiko peningkatan berat badan secar berlebihan atau erti kata lain berat korang akan maintain atau korang boleh kurus sebelum raya kerana kurang nafsu makan tersebut.

6. PERFORMANCE DRINK SHAKLEE

Performance Drink Shaklee atau singkatan namanya PD Shaklee mempunyai 2 perisa iaitu lemon-lime dan juga oren. PD Shaklee ini juga dikenali sebagai air isotonik yang sihat kerana ia tiada perasa tiruan, pemanis ataupun bahan pengawet malah ia juga bebas gluten dan merupakan produk Non-GMO.

Berikut merupakan Manfaat Performance Drink Shaklee :



Selain itu, PD Shaklee juga terdapat keistimewaannya yang tersendiri kerana ia mengandungi proprietari OPTI-LYTE dengan campuran elektrolit dan unik karbohidrat untuk memberikan tenaga segera dan berterusan disamping menyokong penghidratan optimum.


Berikut saya kongsikan juga 5 Kelebihan Performance Drink Shaklee secara lengkap:

1. Membantu Menghidrat dengan Lebih Baik  

Mengandungi elektrolit yang membantu mengekalkan keseimbangan cecair dalam badan dan mengelakkan dehidrasi, terutama selepas bersenam atau berpuasa.  


2. Tenaga Berpanjangan  

-  Diformulasi dengan campuran karbohidrat unik untuk memberikan tenaga yang tahan lebih lama tanpa menyebabkan keletihan cepat.  

3. Tiada Gula Tambahan Berlebihan  

- Tidak mengandungi pemanis tiruan atau gula berlebihan seperti minuman isotonik biasa, menjadikannya pilihan lebih sihat untuk seisi keluarga.  

4. Meningkatkan Daya Ketahanan Badan  

- Mengandungi formula OptiLyte™ yang membantu mengurangkan kehilangan elektrolit dan mengekalkan stamina, sesuai untuk atlet atau individu aktif.  

5. Sesuai untuk Semua Golongan  

- Boleh dinikmati oleh kanak-kanak, orang dewasa, ibu mengandung, dan sesiapa sahaja yang memerlukan hidrasi tambahan, termasuk semasa demam atau berpuasa.  

Banyakkan Manfaat PD Shaklee ini. Apa tunggu lagi, bulan nie ada PROMO BEST iaitu:


Dengan setiap pembelian Set Ramadan (ESP + Performance Drink), anda dapat diskaun 10%! πŸ’₯✨  





Jom kekal bertenaga dan segar sepanjang hari! πŸƒ‍♂️πŸ’ͺ 


SELAMAT BERPUASA & SELAMAT BERBUKA



BYE KORANG, Assalammualaikum. Terima kasih sudi singgahπŸ’•πŸ’•


Yang benar,

Atiqah
Your Shaklee Agent
No Ahli: 1357327


Comments

Popular posts from this blog

Makanan Sahur Yang Mengenyangkan Semasa Berpuasa

Tips Menghadiri Acara Sukan Sekolah