Tips Menghadiri Acara Sukan Sekolah

Hari Sukan Sekolah merupakan hari yang dinanti-nanti oleh pelajar sekolah baik sekolah menengah mahupun sekolah rendah. Hari di mana anak bebas melakukan aktiviti sukan bersama kawan-kawan sekolah dan juga cikgu mereka. Dari hasil pembacaan di medial sosial Facebook, Hari Sukan juga dikenali sebagai Hari Olahraga di mana di sebalik nama Olahraga itu sendiri merupakan induk kepada semua jenis sukan. Nama olahraga berasal daripada perkataan Greek athlos yang bermaksud “bertanding”.


Olahraga boleh dibahagikan kepada acara BALAPAN dan acara PADANG.


Acara BALAPAN terdiri daripada acara pecut (100 m, 200 m dan 400 m) acara jarak sederhana (800 m, 1500 m, 3000 m, dan 3000 m berhalangan), acara jarak jauh (5000 m dan 10 000 m), lari berpagar wanita (100 m), lari berpagar lelaki (110 m), lari berpagar lelaki dan perempuan (400 m), dan lari berganti-ganti (4 3 100 m, 4 3 200 m, dan 4 3 400 m).

Acara PADANG terdiri daripada acara lompatan (lompat jauh, lompat tinggi, lompat bergalah dan lompat kijang) dan acara balingan (melontar peluru, merejam lembing, melempar cakera dan membaling tukul besi).


Tiqah masa sekolah dulu acara padang yang paling Tiqah suka adalah lompat jauh lah. Senang saja, lompat seberapa jauh yang boleh. Siapa paling jauh, dialah Juara untuk acara lompat jauh tu. Acara padang yang Tiqah tak suka adalah lompat tinggi. Hihi, bukan apa risau belakang badang sangkut pada palang lompat tinggi tuu..sakit uitt.


Semasa Hari Sukan jugn akan ada perbarisan rumah sukan dan juga acara kawad bagi pasukan unit beruniform. Tiqah pernah la dulu join perbarisan masa sekolah rendah dan menengah. Masa sekolah menengah Tiqah masuk acara kawad kaki di bawah Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM). Uihh mengimbau kenangan pulak kan.


Hari Sukan selalunya akan diadakan dari awal pagi sehinggalah ke tengahari. Jadinya kulit kita terdedah kepada sinaran matahari yang merbahaya yang membuat kulit kita terbakar atau erti kata lain mengalami 'sunburn' yang teruk. Jadi, entry kali ini saya nak kongsikan mengenai tips menghadiri acara sukan sekolah bagi mengelakkan kulit kita mengalami sunburn.


Tips 1: Pakai Muka & Tangan dengan Sunscreen sebelum keluar rumah

Sunscreen sangatlah penting dalam melindungi kulit kita daripada sinaran UV yang berbahaya di mana boleh merosakan lapisan luar kulit kita. Jadi, dengan memakai sunscreen, kita dapat melindungi kulit kita daripada menjadi kering akibat terlebih kena sinaran cahaya matahari. 


Tips 2 : Minum Air Masak Yang Cukup

Air cukup dalam badan dapat mengekalkan hidrasi yang baik kepada tubuh badan kita. Minum air juga dapat mengelakkan tekak dan bibir kita daripada kering dengan teruk. 


Tips 3 : Pakai Penutup Muka / Topi 

Sekiranya anak anda sudah habis acara padang atau acara balapan mahupun perbarisan, berikan mereka topi untuk melindungi kulit muka mereka daripada terkena sinaran matahari yang terik. Sinaran Matahari yang terik dapat menyebabkan kulit kita terkena kanser kulit yang mungkin boleh merosak lapisan kulit.


Tips 4 : Minum Air Isotonik

Minum air nie dapat mengekalkan elektrolit di dalam badan kita di mana ia membantu tubuh badan kita kekal hidrasi.

Kalau nak cuba air isotonik yang selamat untuk anak-anak anda minum, boleh minum Air Performance Drink (PD) Shaklee. Air PD ini tiada gula tambahan berlebihan serta pemanis tiruan seperti minuman isotonik biasa yang menjadikannya pilihan lebih sihat untuk seisi keluarga. 


Diharap dengan tips yang diberikan dapat memberi manfaat kepada anda dan keluarga anda dalam melibatkan diri dalam aktiviti sukan sekolah. 

Akhir kata, pastikan jumlah pengambilan air cukup mengikut keperluan badan anda untuk elakkan dari gejala tak sihat seperti demam, batuk dan selsema.

Sekian sahaja perkongsian Tiqah untuk kali ini. Assalamualaikum & sehingga berjumpa lagi. Bye2


Yang benar, 

Atiqah

Your Shaklee Agent

No Ahli: 1357327







Comments

Popular posts from this blog

Makanan Sahur Yang Mengenyangkan Semasa Berpuasa

Minuman Sihat Semasa Berbuka