Makanan Sahur Yang Mengenyangkan Semasa Berpuasa

Hai korang, hari nie dh genap 7 hari kita berpuasa. Jadi, macam mana puasa korang kali nie??

Okay tak?? Cepat lapar tak? Cepat letih tak?? Korang bersahur apa hari ini?

Amalan bersahur sangat penting untuk membantu memberikan anda tenaga sepanjang seharian anda berpuasa. 

Untuk kekal bertenaga, anda perlulah mengamalkan pemakanan yang sihat ketika bersahur supaya badan anda cukup dengan khasiat dan nutrisi yang diperlukan. Anda perlulah mengambil makanan yang mengandungi karbohidrat, protein, sayur-sayuran, buah-buahan dan air kosong ketika bersahur.

Anda dinasihatkan untuk menyediakan makan untuk sahur sendiri bagi mengawal penggunaan perasa tambahan seperti gula, garam, sos, kicap dan juga minyak. 

Anda boleh ikuti Tip Amalan Pemakanan Sihat Ketika Berpuasa seperti disarakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di bawah ini:





12 Jenis Makanan Sahur Yang Mengenyangkan Perut Semasa Berpuasa


Berikut saya kongsikan makanan sahur yang boleh membantu anda untuk kekal bertenaga sepanjang hari berdasarkan pembacaan saya dari artikel e-central ini:

1. Chia Seed

Jangan pandang rendah pada bijian kecil berwarna hitam ini! 2 sudu chia seed mampu membekalkan pelbagai khasiat penting seperti serat (11 gram), protein (4 gram), omega-3, kalsium, magnesium dan fosforus.

Ia juga kaya dengan vitamin penting seperti zink, vitamin B1, B2 dan B yang penting untuk melengkapi nutrien sepanjang berpuasa.

Disebabkan ia kaya dengan serat, chia seed juga sangat digalakkan untuk diambil ketika bersahur bagi mengelakkan rasa lapar di siang hari.

Selain itu, ia juga dapat mengelakkan sembelit akibat kekurangan air dalam badan.

Anda boleh rendamkannya di dalam air kosong dan minum pada waktu sahur.


2. Kurma

Buah kurma sememangnya cukup sinonim pada bulan Ramadan. Dengan rasa manis semulajadi, buah kurma tidak hanya sunnah untuk dimakan ketika waktu berbuka, malah ia juga sesuai untuk dimakan pada ketika bersahur.

Kandungan seratnya yang tinggi dapat membuatkan seseorang rasa kenyang pada tempoh yang lebih lama. Selain itu, kurma juga baik untuk melancarkan lagi sistem pencernaan.


3. Telur

Murah di pasaran dan mudah untuk disediakan, telur adalah antara makanan sahur yang mengenyangkan serta baik untuk kesihatan.

Ia kaya dengan khasiat protein, lemak sihat, mineral, vitamin serta rendah kalori.

Kepelbagaian nutrisi dalam telur jugalah yang membuatkan kita kenyang dengan lebih lama pada siang hari.

4. Oat

Oat merupakan antara makanan sahur yang cukup popular setiap kali tibanya Ramadan.

Ia tinggi dengan kandungan karbohidrat kompleks dan serat yang mampu membekalkan tenaga berpanjangan di samping membuatkan seseorang rasa kenyang pada tempoh yang lama.

Mungkin ada yang tak lalu untuk makan oat kosong pada awal pagi. Untuk menjadikannya lebih menarik dan lebih berkhasiat, anda boleh tambahkan kekacang serta buah-buahan.


5. Avokado

Mungkin buah ini tidak popular dalam kalangan masyarakat Malaysia. Namun, ia padat  lemak sihat yang memerlukan tempoh yang lama untuk terhadam.

Pada masa yang sama, ia juga padat dengan nutrisi penting seperti kalium, vitamin E serta folat untuk kesihatan menyeluruh.


6. Sayur-Sayuran

Mungkin ada yang tak berani untuk makan sayur pada waktu sahur kerana takut cepat lapar.

Anda tak perlu risau kerana khasiat daripada sayur boleh mengurangkan keinginan kita untuk makan.

Sebagai permulaan, anda boleh pilih sayur-sayuran yang tinggi kandungan air serta rendah kalori seperti lobak merah, brokoli dan kubis bunga.


7. Buah Epal

Buah epal juga sangat sesuai untuk dimakan ketika sahur kerana ia mempunyai kandungan serat dan air yang tinggi.

Pada masa yang sama, ia juga rendah kalori serta diperkaya dengan pelbagai vitamin penting untuk tubuh seperti vitamin C dan kalium.

Kulit epal juga mengandungi serat unik iaitu pektin yang dapat bertindak untuk mengawal nafsu makan.


8. Beras Perang

Satu lagi bijirin yang padat dengan karbohidrat kompleks, pengambilan beras perang ketika bersahur boleh membuatkan seseorang rasa kenyang dengan lebih lama.

Ia juga mengandungi pelbagai nutrisi penting untuk tubuh seperti vitamin B1, B6, magnesium dan kalsium.

Ia juga sesuai untuk dinikmati oleh pesakit kencing manis kerana kandungan GI (glycemic index) yang rendah.


9. Ikan

Bagi yang perlu makan nasi pada waktu sahur, padankannya dengan lauk ikan, ya. Bukan sahaja padat dengan protein, malah ikan laut seperti ikan kembung, tuna dan salmon adalah antara pilihan terbaik kerana ia kaya dengan kebaikan omega-3.

Seperti yang kita tahu, omega- dapat membantu mengawal paras kolesterol dalam darah.


10. Muesli atau Barli

Jika anda bosan makan nasi atau oat pada waktu sahur, anda boleh gantikannya dengan barli atau muesli.

Seperti oat, kedua-dua makanan ini merupakan bijirin berserat tinggi dan kaya dengan kebaikan protein dan serat.

Muesli yang dijual di pasaran diolah dengan cukup menarik menerusi gabungan buah-buahan kering, bijan dan kekacang.


Sangat lazat bila dimakan bersama susu segar atau susu lain.

Anda juga boleh menemui muesli dalam bentuk bar yang lebih ringkas untuk dimakan pada bila-bila masa sahaja.

Barli pula boleh disediakan sebagai juadah bubur manis atau savouri.


11. Daging Merah

Jika anda kurang gemar ikan, anda boleh makan daging untuk penuhi keperluan protein demi puasa yang lebih lancar.

Daging merah juga kaya dengan khasiat B12 dan zat besi yang baik untuk kesihatan darah.

Bagi mendapatkan kebaikan penuh daripada daging merah, pastikan anda pilih daging segar dan elakkan daging sejuk beku atau yang diproses.


Sekiranya korang nak kekal bertenaga sepanjang berpuasa semudah ABC tapi lengkap dengan keperluan nutrisi dan protein harian, Tiqah cadangkan korang untuk cuba protein shake dan performance drink (PD) dari Shaklee nie.



Sekian sahaja perkongsian Tiqah pada kali ini. Diharap dapat membantu korang sedikit sebanyak untuk kekal bertenaga dengan hidrasi. Pastikan pengambilan air 8 gelas sehari mencukupi untuk elak dari kehausan dan masalah sembelit ketika berpuasa.

Salam Ramdhan dan Selamat Hari Raya Aidilfitri in advance!! Bye korang.

Berminat nak mencuba produk Shaklee boleh hubungi Tiqah di WhatsApps ya✌

Sekian, terima kasih.



Yang benar,

Atiqah

Your Shaklee Agent
No Ahli: 1357327


Comments

Popular posts from this blog

Tips Menghadiri Acara Sukan Sekolah

Minuman Sihat Semasa Berbuka