Tips Menghadiri Acara Sukan Sekolah

Hari Sukan Sekolah merupakan hari yang dinanti-nanti oleh pelajar sekolah baik sekolah menengah mahupun sekolah rendah. Hari di mana anak bebas melakukan aktiviti sukan bersama kawan-kawan sekolah dan juga cikgu mereka. Dari hasil pembacaan di medial sosial Facebook, Hari Sukan juga dikenali sebagai Hari Olahraga di mana di sebalik nama Olahraga itu sendiri merupakan induk kepada semua jenis sukan. Nama olahraga berasal daripada perkataan Greek athlos yang bermaksud “bertanding”. Olahraga boleh dibahagikan kepada acara BALAPAN dan acara PADANG. Acara BALAPAN terdiri daripada acara pecut (100 m, 200 m dan 400 m) acara jarak sederhana (800 m, 1500 m, 3000 m, dan 3000 m berhalangan), acara jarak jauh (5000 m dan 10 000 m), lari berpagar wanita (100 m), lari berpagar lelaki (110 m), lari berpagar lelaki dan perempuan (400 m), dan lari berganti-ganti (4 3 100 m, 4 3 200 m, dan 4 3 400 m). Acara PADANG terdiri daripada acara lompatan (lompat jauh, lompat tinggi, lompat bergalah dan lompat k...