Tips Elak Makan Banyak Semasa Open House

Hai korang! Dah lama tak menulis nie. Baru nak mula setelah sibuk dengan Hari Raya tempoh hari.

Hari nie dah genap 20 Syawal, dah 20 hari kita beraya, ada lagi berbaki 10 hari untuk Jamuan Raya atau nama lain Open House. Mesti ramai berpusu-pusu hendak mengadakan Open House kan?? Dan semestinya kita banyak jemputan untuk ke Open House tersebut.

Korang yang tengah jaga badan dan berdiet tu okay ka tu pergi Open House. Risau berat badan naik? Tapi hati berkehendak 'ish rugi kalau tak pergi kan'. Jamuan makan setahun sekali, nanti diet lah balik!!

Setelah sebulan berpuasa dan menjaga portion makan korang, korang tak rasa rugi ka dengan effort yang korang dah lakukan untuk kurus dan kekalkan berat idea korang? Mesti korang rasa berbelah bagi kan hati tu?

Ok, di sini Tiqah nak kongsikan dengan korang tips untuk elak makan banyak ketika Open House.

Tips ini Tiqah dapat dari pembacaan di Website Olive House  Diharap bermanfaat untuk korang ya! Selamat Membaca👌


Tip 1: Jaga Saiz Hidangan

Ni tip paling basic tapi paling susah nak buat bila nampak buffet raya terbentang depan mata. Tapi percayalah, portion control sangat penting!

Ambil sedikit-sedikit dulu. Rasa setiap jenis makanan dalam jumlah kecil.

Gunakan pinggan kecil kalau boleh – psikologi sikit, nampak penuh tapi sebenarnya tak banyak.

Elakkan “top-up” selagi belum betul-betul rasa lapar semula.

Ingat, badan kita ambil masa lebih kurang 20 minit untuk bagi signal “kenyang” ke otak. Jadi makan perlahan-lahan, nikmati setiap gigitan. Umpama macam cara Nabi kita dulu makan kunyah 44kali. Tapi mesti tak sampai 44 kali dah telan kan. Hihihi


Tip 2: Minum Air Secukupnya

Jangan pandang ringan kuasa air kosong! Banyak kali kita rasa lapar, padahal sebenarnya badan kita haus je.

Minum segelas air sebelum makan – ini boleh bantu perut rasa sedikit penuh.

Elakkan air manis seperti sirap bandung, air gas, atau air kotak. Gula tu cepat naikkan berat badan.

Bawa botol air sendiri kalau pergi beraya – senang nak capai bila perlu.

Kalau nak kulit kekal glowing lepas raya, air kosong ni juga kuncinya. Win-win situation, ok!


Idea 3: Bersenam Secara Berkala

Raya bukan tiket untuk berhenti bersenam. Memang betul, masa agak padat dengan jemputan, tapi cuba selitkan sedikit aktiviti fizikal.

Jalan-jalan 20 minit lepas makan pun dah cukup membantu penghadaman.

Buat stretching atau senaman ringan waktu pagi sebelum keluar beraya.

Kalau ada masa lebih, ajak kawan-kawan main badminton atau futsal – sambil beraya, sambil bakar kalori!

Senaman ni bukan sahaja baik untuk kesihatan fizikal, tapi juga bantu kita rasa lebih bertenaga dan kurang stress. Bila mood okay, craving nak makan berlebihan pun kurang.


Tips Extra Untuk Korang Ingat

Selain 3 idea utama tadi, ni ada beberapa life hacks tambahan untuk survive musim rumah terbuka dengan jayanya:

1. Jangan skip sarapan – Kalau perut kosong dari pagi, confirm nanti berbuka macam naga.

2. Fokus pada kualiti, bukan kuantiti – Pilih makanan yang kita betul-betul suka, bukan sebab nak “habiskan semua”.

3. Jangan makan sambil berdiri atau berjalan – Duduk, fokus, nikmati. Makan dengan mindfulness.


Take note – Lepas balik dari rumah terbuka, catat apa yang korang makan. Ini bantu korang lebih sedar dan bertanggungjawab.


Raya Boleh Enjoy, Tapi Kesihatan Kena Jaga

Akhir kata, kita semua nak enjoy raya, nak makan sedap-sedap dan share kegembiraan dengan keluarga dan kawan-kawan. Tapi janganlah sampai lupa diri. Kesihatan adalah nikmat yang tak ternilai – dan ia bermula dengan apa yang kita makan. Boleh amalkan juga makanan-makanan ‘superfood’ yang sihat seperti delima dan cuka untuk detoks.

Kalau nak senang lagi & jimat masa boleh amalkan protein shake Shaklee sebelum ke Open House tu. Hihi. Nak cuba Protein Shake Shaklee & produk detoks Shaklee boleh hubungi Tiqah ya. Tekan link ini sahaja >> NAK SHAKLEE


Bye Korang. TQ sudi singgah.


Yang benar,

Atiqah

Your Shaklee Agent

No Ahli: 1357327




Comments

Popular posts from this blog

Makanan Sahur Yang Mengenyangkan Semasa Berpuasa

Tips Menghadiri Acara Sukan Sekolah

Minuman Sihat Semasa Berbuka