Moreh di Bulan Ramadhan Bulan Penuh Berkat

Antara juadah moreh yang meriah Anda pernah dengar perkataan MOREH?? Mesti korang yang beragama Islam mesti sudah serasi dengan perkataan MOREH nie kan? MOREH selalu kita dengar semasa bulan penuh mulia, bulan suci bagi umat Islam untuk melakukan ibadah puasa dan ibadah terawih. MOREH merupakan jamuan yang diadakan di masjid ataupun surau setelah selesai solat terawih. MOREH selalunya sangat disukai oleh kanak-kanak tentunya. Ia menarik minat kanak-kanak untuk pergi solat di masjid kerana mereka pasti ternanti-nanti waktu moreh itu tiba selepas selesainya solat terawih. Secara tak langsung dapat menggalakkan kanak-kanak iaitu anak-anak kita untuk rajin ke masjid. Namun, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pengambilan makanan semasa moreh harus dititikberatkan bagi memastikan badan berada dalam keadaan sihat. Pengabaian aspek pemilihan makanan semasa moreh boleh menyebabkan kenaikan berat badan, kitaran tidur terganggu, kerap ke tandas di tengah malam serta ketidakhadaman...