Minuman probiotik sememangnya terkenal kerana kebaikannya terhadap sistem penghadaman tubuh. Tetapi tahukah anda, terdapat banyak lagi manfaat apabila mengamalkan pengambilan susu probiotik setiap hari?
Apakah probiotik?
Probiotik merupakan bakteria hidup dan yis yang baik untuk kita terutamanya untuk sistem penghadaman kita. Kita sering menganggap bakteria ini sebagai kuman pembawa penyakit tetapi hakikatnya, terdapat kedua-dua bakteria baik dan jahat dalam tubuh kita khususnya di kawasan perut dan usus.
Namun, kita perlu mengawal jumlah bakteria jahat ini agar ia tidak memudaratkan kesihatan kita.
Tetapi, bagaimana untuk mengawal jumlah bakteria jahat dalam tubuh? Caranya mudah!
Anda hanya perlu mengambil makanan atau minuman yang mengandungi probiotik atau bakteria baik.
Makanan atau minuman probiotik berfungsi menambahkan jumlah bakteria baik dalam tubuh.
Ia sekali gus membantu meningkatkan peranan usus dan mengembalikan keseimbangan bakteria dalam perut.
Apakah FUNGSI probiotik ini?
Probiotik berperanan melawan jangkitan dan membantu meningkatkan fungsi tubuh lain.
Probiotik adalah sebahagian daripada mikrobiom, iaitu ‘komuniti’ organisma dalam badan yang memastikan tubuh kita sentiasa berada dalam keadaan baik.
Setiap komuniti terdiri daripada mikrob. Manakala mikrob pula mengandungi kulat, bakteria dan juga virus.
Setiap individu pula mempunyai mikrobiom yang berbeza.
Oleh sebab itu, kita perlu mengambil pelbagai sumber probiotik untuk memberikan manfaat kepada kesejahteraan badan.
Mikrob perlu mempunyai ciri khusus untuk dilabelkan sebagai probiotik, iaitu:
- Mempunyai manfaat kepada tubuh
- Bertahan dalam usus selepas dimakan
- Selamat untuk dimakan
Manfaat Minum Minuman Probiotik
Probiotik boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti minuman, makanan dan juga suplemen (pil atau serbuk).
Contohnya, kita boleh dapat probiotik melalui diet harian seperti tempe, kimchi, miso, tapai, yogurt dan susu kultur.
Contoh Makanan Yang Mengandungi Probiotik & Prebiotik
Pengambilan probiotik menerusi minuman seperti susu kultur adalah antara cara yang paling mudah. Namun, pengambilan menerusi makanan yang seimbang setiap hari adalah sesuatu yang penting.
Mengambil minuman yang mengandungi probiotik dalam diet harian boleh memberikan pelbagai kebaikan dalam jangka masa panjang.
Selain membantu mengawal bakteria dalam perut, berikut adalah antara kebaikan utama pengambilan probiotik:
Kebaikan Probiotik Yang Lain Untuk Kesihatan
1. Mengatasi masalah kulit
Masalah kulit berjerawat dan kemunculan bintik hitam adalah antara perkara yang paling tidak disukai. Ada kalanya ia sukar untuk ditangani.
Dengan menjadikan minuman kaya dengan probiotik ini sebagai amalan, ia dapat membantu melawan bakteria punca jerawat selain mengurangkan keradangan kulit
2. Kelebihan minuman probiotik: Tingkatkan sistem imun
Kesihatan usus adalah komponen penting dalam meningkatkan kekuatan sistem imun badan.
Ini kerana, 70 hingga 80% daripada sel imun kita berada dalam usus.
Jika sistem imun menjadi lemah, anda berisiko terdedah kepada pelbagai penyakit.
Berita baiknya, minuman seperti ini boleh membantu menguatkan sistem ketahanan tubuh.
Probiotik berperanan dalam melawan keradangan dan kerosakan akibat radikal bebas, di samping meningkatkan penyerapan nutrien.
Kesannya, anda mungkin akan kurang mengalami gejala selesema, flu, masalah kulit dan gangguan pencernaan.
3. Mengurangkan risiko alahan atau sensitiviti makanan
Pengambilan probiotik juga dapat membantu dalam mengurangkan alahan makanan serta gejala intoleransi laktosa.
Ini dibuktikan melalui kajian yang menyatakan bahawa, bakteria probiotik dalam produk berasaskan susu boleh digunakan bagi mengurangkan gejala-gejala intoleransi laktosa.
4. Susu probiotik bantu kawal gejala IBS
Minuman probiotik juga diketahui memberi manfaat kepada penghidap sindrom usus mudah terganggu atau ringkasnya IBS.
Ini kerana, kebanyakan minuman ini mengandungi bakteria hidup yang telah diuji secara saintifik dapat membantu mengimbangkan flora usus.
Bagi pesakit dengan gangguan IBS, minuman seperti ini amat penting kerana ia boleh membantu dalam mengawal simptom seperti kembung dan sakit perut, sembelit, serta cirit-birit.
Bakteria baik seperti strain Lactobacillus juga berfungsi menguatkan sistem imun tubuh, yang secara tidak langsung membantu mengurangkan keradangan dalam usus.
5. Minuman probiotik boleh legakan cirit-birit
Probiotik juga boleh membantu mengawal dan melegakan cirit-birit yang anda alami.
Probiotik terbaik adalah bakteria asid laktik atau lactobacilli kerana ia mampu melawan kuman atau bakteria jahat lain yang menjadi punca cirit-birit.
Oleh itu, pengambilan produk probiotik seperti susu probiotik sememangnya dapat membantu melegakan keadaan cirit-birit.
6. Minuman probiotik turut bermanfaat untuk pesakit GERD
Minuman probiotik juga mendapat perhatian sebagai cara bagi membantu mengawal penyakit refluks gastroesofagus (GERD).
GERD berlaku apabila asid perut naik ke dalam esofagus, menyebabkan rasa pedih dan ketidakselesaan.
Probiotik berperanan untuk mengimbangi flora usus selain membantu menguatkan penghalang mukosa dalam perut. Ini sekali gus mengurangkan kejadian refluks asid.
Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa, probiotik mungkin berperanan dalam mengurangkan simptom GERD seperti loya, sakit perut, dan simptom berkaitan gas.
Persatuan Probiotik Antarabangsa juga menyatakan bahawa probiotik berpotensi membantu dalam mengurangkan simptom GERD.
Namun, adalah penting untuk mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu memandangkan setiap individu mungkin memerlukan pendekatan yang berbeza untuk mengurangkan gejala GERD.
Ambil makanan & minuman probiotik untuk kesejahteraan sepanjang masa
Kebanyakan jangkitan atau penyakit yang kita hadapi biasanya berpunca daripada jumlah bakteria yang tidak seimbang dalam usus.
Namun dengan mengamalkan makanan dan minuman kaya probiotik ini, ia akan membantu mengawal kuantiti bakteria dalam usus dan meningkatkan kesihatan secara keseluruhan.
Terdapat banyak manfaat kan probiotik ini untuk kesihatan usus kita mahupun kesihatan secara menyeluruh. Oleh itu, saya ingin mengajak anda untuk mencuba minuman PROBIOTIK yang bakal dikeluarkan oleh Shaklee pada bulan Februari nanti untuk kesihatan usus anda.
GOOD GUT, GOOD HEALTH
Slogan di atas merujuk kepada minuman PROBIOTIK yang bakal dilancarkan oleh Shaklee pada bulan Februari nanti. Di sini saya kongsikan KEISTIMEWAAN PROBIOTIK SHAKLEE berbanding jenama lain.
Inilah minuman probitik yang dimaksudkan tu. Ianya dalam bentuk sachet. Senang untuk dibawa ke mana-mana, boleh diambil di mana-mana sahaja. Anda tinggal campurkan dalam minuman kegemaran korang atau boleh terus koyak dan terus consume sahaja.
Comey kan packaging dia! Tak sabarnya nak cuba😍
Berminat untuk dapatkan minuman PROBIOTIK dari Shaklee?? Boleh terus WhatsApp Tiqah untuk PRE-ORDER terlebih dahulu dengan tekan link ini 👉
NAK CUBA SHAKLEE
Sekian sahaja perkongsian Tiqah untuk kali ini. Terima kasih kerana sudi singgah di entry Tiqah ini.
Yang Ikhlas,
Nur Atiqah
Shaklee Independent Distributor (SID)
No Ahli:1357327
Ingat Shaklee, Ingat Tiqah K!!
Comments
Post a Comment