Posts

Pengorbanan Seorang Ibu

Image
Pengorbanan seorang ibu memang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata kerana banyak sangat pengorbanan seorang ibu buat anak-anak terutama semasa melahirkan kita di dunia ini. Seorang ibu sanggup berkorban menahan alahan semasa mengandungkan anaknya seperti mual, rasa nak muntah, perut berangin, sakit-sakit belakang ketika membawa anaknya selama 9 bulan sebelum si anaknya keluar dari rahim ke dunia yang penuh pancaroba ini. Walaupun begitu si ibu tidak pernah merungut dengan semua yang dia telah perjuangkan demi melahirkan seorang insan yang digelar anak samada anak lelaki mahupun perempuan. Setelah melahirkan, si ibu membesarkan dan mendidik si anak sehingga menjadi insan berguna dan berjaya.  Sangatlah banyak pengorbanan seorang ibu sehingga seorang anak tak dapat membalas jasa ibunya dengan wang ringgit dan harta benda sekalipun. Besar ganjaran seorang ibu dalam membesarkan anak-anaknya. Di sini Tiqah nak kongsikan dengan korang antara pengorbanan seorang ibu yang tak dapat lu...

Tips Menghadiri Acara Sukan Sekolah

Image
Hari Sukan Sekolah merupakan hari yang dinanti-nanti oleh pelajar sekolah baik sekolah menengah mahupun sekolah rendah. Hari di mana anak bebas melakukan aktiviti sukan bersama kawan-kawan sekolah dan juga cikgu mereka. Dari hasil pembacaan di medial sosial Facebook, Hari Sukan juga dikenali sebagai Hari Olahraga di mana di sebalik nama Olahraga itu sendiri merupakan induk kepada semua jenis sukan. Nama olahraga berasal daripada perkataan Greek athlos yang bermaksud “bertanding”. Olahraga boleh dibahagikan kepada acara BALAPAN dan acara PADANG. Acara BALAPAN terdiri daripada acara pecut (100 m, 200 m dan 400 m) acara jarak sederhana (800 m, 1500 m, 3000 m, dan 3000 m berhalangan), acara jarak jauh (5000 m dan 10 000 m), lari berpagar wanita (100 m), lari berpagar lelaki (110 m), lari berpagar lelaki dan perempuan (400 m), dan lari berganti-ganti (4 3 100 m, 4 3 200 m, dan 4 3 400 m). Acara PADANG terdiri daripada acara lompatan (lompat jauh, lompat tinggi, lompat bergalah dan lompat k...

Tips Elak Makan Banyak Semasa Open House

Hai korang! Dah lama tak menulis nie. Baru nak mula setelah sibuk dengan Hari Raya tempoh hari. Hari nie dah genap 20 Syawal, dah 20 hari kita beraya, ada lagi berbaki 10 hari untuk Jamuan Raya atau nama lain Open House. Mesti ramai berpusu-pusu hendak mengadakan Open House kan?? Dan semestinya kita banyak jemputan untuk ke Open House tersebut. Korang yang tengah jaga badan dan berdiet tu okay ka tu pergi Open House. Risau berat badan naik? Tapi hati berkehendak 'ish rugi kalau tak pergi kan'. Jamuan makan setahun sekali, nanti diet lah balik!! Setelah sebulan berpuasa dan menjaga portion makan korang, korang tak rasa rugi ka dengan effort yang korang dah lakukan untuk kurus dan kekalkan berat idea korang? Mesti korang rasa berbelah bagi kan hati tu? Ok, di sini Tiqah nak kongsikan dengan korang tips untuk elak makan banyak ketika Open House. Tips ini Tiqah dapat dari pembacaan di Website Olive House   Diharap bermanfaat untuk korang ya! Selamat Membaca👌 Tip 1: Jaga Saiz Hida...

Moreh di Bulan Ramadhan Bulan Penuh Berkat

Image
Antara juadah moreh yang meriah Anda pernah dengar perkataan MOREH?? Mesti korang yang beragama Islam mesti sudah serasi dengan perkataan MOREH nie kan? MOREH selalu kita dengar semasa bulan penuh mulia, bulan suci bagi umat Islam untuk melakukan ibadah puasa dan ibadah terawih. MOREH merupakan jamuan yang diadakan di masjid ataupun surau setelah selesai solat terawih. MOREH selalunya sangat disukai oleh kanak-kanak tentunya. Ia menarik minat kanak-kanak untuk pergi solat di masjid kerana mereka pasti ternanti-nanti waktu moreh itu tiba selepas selesainya solat terawih. Secara tak langsung dapat menggalakkan kanak-kanak iaitu anak-anak kita untuk rajin ke masjid. Namun, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pengambilan makanan semasa moreh harus dititikberatkan bagi memastikan badan berada dalam keadaan sihat.  Pengabaian aspek pemilihan makanan semasa moreh boleh menyebabkan kenaikan berat badan, kitaran tidur terganggu, kerap ke tandas di tengah malam serta ketidakhadaman...

Minuman Sihat Semasa Berbuka

Image
Hai Korang !! Assalamualaikum, sihat ke tu?? Macam mana hari dah hari ke-12 kita berpuasa. Korang ok tak sepanjang berpuasa seharian. Ada rasa dahaga sangat-sangat tak? Korang kongsikan lah korang minum apa semasa berbuka?? Air manis atau air kosong ?? Setelah seharian menahan dahaga, korang mesti nak topup semula air dalam badan anda supaya badan anda kekal hidrasi semasa berbuka. Tapi Tiqah nak tanya korang air apa yang korang minum tu?? Sihat tak??? Jom teruskan baca entry Tiqah pada kali ini iaitu Tiqah nak kongsikan minuman sihat yang korang harus ambil semasa berbuka. 1. AIR PUTIH /AIR KOSONG Dalam Islam sendiri, kita disunatkan untuk berbuka puasa dengan kurma dan air kosong, kan?? Perkara sunat mestilah semua orang pakat nak kejar di bulan Ramadhan yang mulia nie kan? Tapi kan tak semua yang boleh terima hakikat ini, betul tak?  Tekak tengah dahaga, memang sangat-sangat mengharapkan air sejuk yang menyamankan tekak yang sedang haus, tapi Tiqah nasihatkan korang untuk minum ...

Makanan Sahur Yang Mengenyangkan Semasa Berpuasa

Image
Hai korang, hari nie dh genap 7 hari kita berpuasa. Jadi, macam mana puasa korang kali nie?? Okay tak?? Cepat lapar tak? Cepat letih tak?? Korang bersahur apa hari ini? Amalan bersahur sangat penting untuk membantu memberikan anda tenaga sepanjang seharian anda berpuasa.  Untuk kekal bertenaga, anda perlulah mengamalkan pemakanan yang sihat ketika bersahur supaya badan anda cukup dengan khasiat dan nutrisi yang diperlukan. Anda perlulah mengambil makanan yang mengandungi karbohidrat, protein, sayur-sayuran, buah-buahan dan air kosong ketika bersahur. Anda dinasihatkan untuk menyediakan makan untuk sahur sendiri bagi mengawal penggunaan perasa tambahan seperti gula, garam, sos, kicap dan juga minyak.  Anda boleh ikuti Tip Amalan Pemakanan Sihat Ketika Berpuasa seperti disarakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di bawah ini: 12 Jenis Makanan Sahur Yang Mengenyangkan Perut Semasa Berpuasa Berikut saya kongsikan makanan sahur yang boleh membantu anda untuk kekal bertenaga sepan...

Minuman Probiotik Baik Untuk Kesihatan Usus

Image
Minuman probiotik sememangnya terkenal kerana kebaikannya terhadap sistem penghadaman tubuh. Tetapi tahukah anda, terdapat banyak lagi manfaat apabila mengamalkan pengambilan susu probiotik setiap hari? Apakah probiotik? Probiotik merupakan bakteria hidup dan yis yang baik untuk kita terutamanya untuk sistem penghadaman kita. Kita sering menganggap bakteria ini sebagai kuman pembawa penyakit tetapi hakikatnya, terdapat kedua-dua bakteria baik dan jahat dalam tubuh kita khususnya di kawasan perut dan usus.  Namun, kita perlu mengawal jumlah bakteria jahat ini agar ia tidak memudaratkan kesihatan kita.  Tetapi, bagaimana untuk mengawal jumlah bakteria jahat dalam tubuh? Caranya mudah!  Anda hanya perlu mengambil makanan atau minuman yang mengandungi probiotik atau bakteria baik.  Makanan atau minuman probiotik berfungsi menambahkan jumlah bakteria baik dalam tubuh.  Ia sekali gus membantu meningkatkan peranan usus dan mengembalikan keseimbangan bakteria dalam per...